Semua bahagian menghantar wakil masing-masing yang mana menjanjikan gelombang pertandingan yang cukup mendebarkan peminat-peminat golf tanahair. Penampilan golfer yang sedang meningkat hebat prestasinya Opie, Muzz, Turk, Jamal & Jalal, Zul Iskandar, Asward dan yang terhebat dari Pahang iaitu Rizuan Alias begitu digeruni 'golfers' yang telah lama malah telah sinonim dalam bidang ini seperti Taufik, Pak Can malah Tongcai sendiri.
Penampilan beberapa muka baru membuatkan pertandingan kali ini begitu menarik dalam perebutan title 'Wooden Spoon' yang biasanya disandang oleh pendatang paling baru kedalam pertandingan ini. Tetapi pada pertandingan hari ini, terdapat beberapa pendatang paling baru dan ini akan mewujudkan satu perebutan yang bukan seperti tahun-tahun yang lepas.
Usaha keras yang diusahakan oleh Azizi Love Mimie dan pasukannya dalam menjayakan pertandingan ini patut diberi pujian kerana tanpa usaha-usaha seperti ini sedikit sebanyak akan membunuh kemeriahan yang telah sekian lama dipupuk bermula dari zaman En. Zai. Dengan sedikit sentuhan dari Mr. Mag dan Abang Heyi maka pertandingan pada hari ini berjalan dengan lancar.
No comments:
Post a Comment